Selasa, 28 Disember 2010

Travian


Hari-hari semakin singkat dan malamnya diselubungi kabus kelam dan hembusan angin dingin di musim sejuk. Salji pertama yang turun dari langit menandakan penghujung untuk semua yang telah dan akan berlaku.


Kejayaan dan kecermelangan masa lalu tidak lagi dilihat hebat dan cemerlang dalam dunia baru ini. Ia hanyalah memori lalu di kala mereka merasa diri mereka takkan mati. Pahlawan tua duduk di samping unggun api dan mengenang semula rakan rakan yang telah gugur pada peperangan lalu. Askar askar dan kejayaan lalu telah hilang keghairahan, mereka yang masih ada memikirkan sama ada masih terdapat sesuatu yang berbaloi diperjuangkan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak akan berdiam dan melayari malam musim sejuk, pada zaman ini, zaman mereka, ini adalah sesuatu yang akan dikenang sehingga penghujung hayat.


Mereka bersumpah untuk menjelajahi dunia untuk mencari pengetahuan keajaiban masa lalu, tersembunyi di sebalik masa, di dunia yang melepasi batas kemanusiaan. Satria dan pahlawan mencari di sepanjang padang pasir, hutan dan gunung ganang, bagi mencari unsur yang hilang pada masa lalu agar kembali semula. Selepas pelbagai rintangan dan onak duri, tiba tiba seorang satria yang dikenali BreakaZ bertemu dengan Dewi Kayangan yang muncul dan membawanya ke penemuan satu puak yang telah lama hilang namun sentiasa menjadi bualan mereka yang hidup.


p/s: Rindu zaman aku main game nieh..

Khamis, 16 Disember 2010

Misi mustahak..

Untuk tahun ini..semua plan aku sangat2 menjadi walaupun agak payah di awal nya namun aku berjaya menunaikan janji2 aku pada diri sendiri pada tahun ini..kecuali 1 yang hampir aku dapat tapi putus di tengah jalan..Tapi masih ada masa lagi untuk memperbaikinya..

Tahun depan hanya ada 1 misi sahaja..
misi yang sangat sukar..
tapi tidak mustahil..

Harap2 berjaya..

Ahad, 5 Disember 2010

Penat Betol

Dalam keadaan demam dan tangan penuh dengan tanda tanda alahan kepada sesuatu yang aku sendiri tak tahu,aku cube membawa diri ke kelinik panel yang berdekatan tetapi hampa kerana terlalu ramai manusia beratur untuk berkhatan pada hari itu..Apa kejadah aku nak tunggu budak2 nieh katan..buang karen aku jew..

Dalam keadaan kebingungan aku membuat keputusan drastik untuk ke Jusco Tebrau window shoping lagi baik.Dengan menggunakan Produa Myvi yang aku beli sendiri dan tiap bulan aku bayar sendiri duit ansuran nya yea aku beli sendiri!!..Dah 3 kali orang malaun sound aku tanya bape bapak bayar bulan2 kereta aku ni..Celaka betol penat aku mencari rezeki bayar utang..

Balik kepada cerita pergi Jusco tadi..Sampai2 sahaja lautan manusia memenuhi ruang pusat membeli belah tuh..Lokasi pertama aku masuk adalah sebuah butik berjenama..Masuk je aku usha blah purse,kat situ bleh plak ada 2 orang makcik dok belek2 beg2 kat situ..Berdiri je sebelah makcik tuh bleh plak makcik tuh kate "Duit sepah sepah tapi tak tahu nak taruk mana" statement xleh blah langsung.....

Dengan rasa rendah dirinya aku terus balik..malas nak tengok gelagat manusia macam tuh..podahhhh!!

Ahad, 28 November 2010

Apa ada hal..

Dah lama tak tengok aksi Man Utd seperti mana biasa di lakukan musim musim sebelum nieh..Berbatop pon dah stat score balik..sekali 5 dia bagi..nasib baik x 6 je terus...

GGMU!!!

Isnin, 22 November 2010

Gagal..

Buat kali ke tiga nya aku gagal lagi..
gagal dalam setiap cubaan..
mungkin tidak pandai menggunakan peluang yang ada
atau memang tidak layak untuk mendapatkan nya
siapalah aku untuk mengatakan nya
hanya insan yang tidak tahu apa..

Kadang kadang aku terpikir
bilakah masanya aku akan mengecap perasaan itu
perasaan yang sama seperti dulu..
setiap kali aku berjalan bersamanya
pasti ada liku yang menanti menduga aku
dan akhirnya aku tewas
tewas dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
apa maknanya...

Bolehkah aku menerima semua ini
dengan penuh rela hati??
tanpa mengundang hujan yang hiba
owhhh..mana pergi pelangi indah itu..
jangan lah pergi meninggalkan aku..
aku benci hujan yang ini..

Sering kali Gagal dan aku nekad
tiada lagi selepas ini..
biarlah aku kekal bergini...

Sabtu, 20 November 2010

Rasa cibai..

Rasa yang datang dan pergi bukan cinta tapi kecewa...
apa aku merepek nieh..

cibai sungguh..

Sabtu, 6 November 2010

Fokus

Sejak dua menjak ni ntah apa ntah aku mengarut ngarut post benda benda yang jiwang karat nak mampus..Sampai aku baca baca balik aku sendiri naik nyampah tengokk..So aku amik keputusan tarik balik post2 tuh..hehehe

Namun lepas di pikir kan balikkk aku ne pergi bercuti nantii!!!
yeaahh setel semua ne jenjalan nie...
Singapurapura maybe...

Khamis, 4 November 2010

kamis x best

Terasa cibai lak ari nieh..semua benda serba x kena..
apa nak jadi ari nieh nie...

cepat la esokkkk
aku x ske ari nieh!!!!


Khamis, 21 Oktober 2010

Rooney dan Man Utd

Rooney player favourite aku kat Man Utd.
Walau macam mana pun  kehendak dan kemahuan Rooney mahu pergi dari Man Utd mungkin tak dapat di bendung..sama macam kes ronaldo dulu agak nye..

aku x heran..

kerna Man Utd tetap Man Utd.Team yang akan tetap success walaupun tanpa kelibat Rooney,Lu bleh blah kalo lu x ske kat MU..gua heran lak..

GGMU!!!

p/s: layan Enjut Lebah Enjut lagi best..Juara Piala Malaysia 2010 = JOHOR FC!!!

Selasa, 19 Oktober 2010

Terima Kasihh

Hari jumaat hari tuh aku ada kal insan yang telah meminjam duit dari aku, supaya dia bayar balik wit aku tuh coz aku tersangat memerlukan wang ketika nieh..Kal punye kal dia janji nak try ari selasa untuk setel kan utang tuh..
Hari nih dah selasa yang di janjikan,sebarang text or kal ak x terima pun dari dia...
Aku plak yang terhegeh2 g meset tanye ada duit x boleh bayar x...

yang aku dapat cuma kata yang mengecewakan..

Kecewa tol la dah macam aku ni plak yang nak mintak sedekah kat dia plak.....

terima kaseh lah...





Sabtu, 9 Oktober 2010

Tugasan Baru

Kelas baru start sekali tapi assignment sebelum kelas dah bagi..Lecturer plak buat2 x reti kan, bagi jew la jawapan kan senang x payah aku susah2 nak pikir..ngeh3..

Hari nieyh hari sabtu hari untuk buat assingment..
hadeiihhh..
baru nak rilek2 tenang kan pala otak..esok dah stat keje...

p/s: memang susah bila kerja sambil belaja nieh..

Johor FC + Johor FA = Katakan Tidak

Ada berita mengatakan Johor Fc akan di gabungkan dengan Johor Fa..Baca je berita yang mengarut macam nie aku memang betol2 x paham dan x setuju dengan pihak2 terdesak untuk menggabugkan kedua pasukan nieh..Alasan yang di beri memang x masuk akal langsung..Rubbish!!!

Alasan 1
“Agak janggal melihat dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain.  Lebih baik ia digabungkan kerana mampu menguatkan pasukan Johor dan ingin melihat Johor dibarisi pemain yang berasal dari negeri ini tanpa mengimpot pemain luar."

 Alasan 2
" penggabungan itu memberi impak baru kepada transformasi bola sepak Johor sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri itu yang sudah lama agak ketinggalan akibat wujudnya dua pasukan yang tidak seiring."
Apa ke sengal semua benda nieh..dah elok dah team Johor Fc tuh tak payah lah dok kacau dah..Johor Fa kalau dah tak terdesak sangat nak main Liga Super,stat lah cari new talent..kat Johor tuh banyak pemain2 berbakat yang ada..

adooiii sapa punya idea la nieh..

mana pergi Pasir  Gudang United selepas digabungkan dengan Johor Fa???
hilang bergitu sahaja..
Nampak gaya Johor FC bakal berkubur lah gamak nya..

http://www.hmetro.co...ntempoh/Article

KATAKAN TIDAK!!!!

p/s: Apa jadi ek kalo man utd gabung dengan man city
erm...

Selasa, 5 Oktober 2010

Lupa

Aku lupa rupa nya aku ada
blog yang lama dah tak di update..

hehehehe...haish...

Ahad, 11 Julai 2010

Rimas

Rimas lak dengan orang yang tak menepati janji nieh..Berjanji bukan maen sungguh lagi  tapi bila tiba waktu dan masa nya haram..Hilang terus..Berhutang tapi  tak reti nak bayar plak...

Buat yang berkenaan aku dah malas dah nak cakap lebih2..Ko rasa ada tanggungjawap nak bayar ko bayar lah k..kalo tak nak aku  tak leh nak buat apa..Itu urusan ko dengan TUHAN lak... Nieh dah 3 bulan aku tunggu ni janji ko nieh...

p/s: Rimas lak dengan rambut nie,Elak aku botak kan jew...

Khamis, 17 Jun 2010

New Image

Entah apa yang aku buat rini pon aku tak tahu dah..
Habis blog nie kene adjust sana sini..

bukan bukan dah jadik nya....
lantak la aku ngah xada kerja nie...

janji malam nie Korea  mampu bagi saingan kat argentina sudah...
biar kasi malu sket kat dorang2 tuh...

















Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya..

Sabtu, 12 Jun 2010

World Cup Dah Stat

Tadi perlawanan pembukaan piala dunia telah berlangsung di antara tuan rumah South Africa dan Mexico..
Serius aku berapa minat sangat nak tengok..
Terasa Tak Best la plak world cup kali nih...

kenapa xbest eh???
sebab MALAYSIA tak ada kot??? hahahahaha

Untuk World Cup kali nih aku nak tengok progess 2 pasukan iaitu Korea Selatan dan England
terasa best la plak 2 team tuh..lagi2 sebab ada Park JiSung dan Wayne Rooney...

Disini hanya ada dua kaler Merah dan putih...

p/s: kalo Malaysia masuk world cup  aku cukur rambut aku..

Ahad, 2 Mei 2010

Ada Soalan??

Sejak akhir akhir nie ak nengok ramai orang ngah test benda alah nie..so ak pon nak gak try..boleh gak ngok kebolehan diri menjawab soalan.

ok cuba2 la memberi soalan kepada ku..

http://www.formspring.me/breakaz

Rabu, 28 April 2010

Demam

Hari ni satu badan aku rasa tak sedap, macam macam aku rasa.Nak termuntah laen,pening lain, badan kejap panas kejap sejuk,mata kejap ok kejap merah2..

Hadoooiii apa yang tak kena dengan aku nie????
nak pergi jumpe dok??segan la plak takot2 dia check aku  ok jew nanti...

Telan panadol jew la dulu...
hurm....

Jumaat, 23 April 2010

5.41 pagi di waktu kerja

5.41 pagi di waktu kerja..Ketika Umat manusia baru hendak bangun atau masih lagi di buai mimpi indah dan x kurang juga peminat2 liverpool yang xboleh tidor ngok liverpool kalah tadi..Aku masih dalam shiif kerja lagi..Apa aku nak buat pun aku tak tahu...


Kerja siap dah...

Makan sudah...

Minum pun dah...

Layan FB pun dah jap tadi...

Yang belom lagi nie..bila nak pukul 7pg weiiii!!!!
aku ngantok nieh...
Wajah Riang katil memangil2 nama aku dah tebayang2 dalam pala otak nieh...

Selasa, 20 April 2010

Selasa yang bosan

Hari nih! hari selasa...
hari yang penuh kebosanan dalam hidup aku nieyh!!
Off day tapi tak tahu nak wat apa!!
Nak maen game graphic card aku lak rosak,
nak dengar lagu sound card pon rosak..

Apa aku nak buat neyh
nak ajak awek kuar? aku tak ada la plak awek..muka x cukup market!!

nak g beli graphic card baru duit xada la plak!!
cilakak time2 nie la jgak nak meletop..

nak buat apa nieh???
adoiiii...

Khamis, 8 April 2010

Puas Aku Mengharapkan MU!!!

Hampa, hanya itu lah perkataan yang dapat aku ungkap kan masa nengok
match MU tadi..Cuai,lalai semua ada masa defending...

Rindu lak kat mamat Owen Hargreaves nieh,cepat2 la ko sembuh masuk
ganti carrick tuh...Aku penat tengok dia main...Tak alert langsung...

Apa  apa pun permainan Man Utd untuk 35 minit yang pertama patut di puji,
dengan aksi pantas,kawalan bola yang menarik serta penuh semangat untuk
menjaringkan gol, dan hasil nya Man Utd berjaya menghasilkan 3 gol awal..

Lepas tuh?? mula la aksi2 goyah MU...Terlalu yakin atau gugup aku x pasti tapi permainan tuh terus jadi milik bayern..MU hilang rentak,di tambahh pulak degan kad merah rafael...

Semua tak jadi lah lepas tuh..
Hurmmm semua x menjadi season nie...

pepagi nie layan lagu je la..khas untuk MU...



Selasa, 6 April 2010

Tempat Makan Best???

Semalam lepas aku renew lesen aku kat pos opis
ada plak satu brader nie dengan family die agak nye
naek Gen 2, brnti sebelah aku..

brader tuh: " dik dik kat sini tempat mana makan sedap2 eh??"

aku : "erk?? aa kat mana eh??"

brader tuh: "ko asal sini ke dik??"

(eheh eksyen lak brader nie salam x apa x maen tibai je tanye..
mmg nak kena brader nie...)

aku: "yew la bang org sini la..nape??'

brader tuh: "ko orang sini xkan la xtaw  tempat makan best2 kat sini.."

aku: "saya x taw la bang..yang  sy tahu kat umah sy je makn sedap.."

brader tuh: "tak apa la dik abg tanye orang laen je la.."

sori la tok brader tuh..memang aku x tau pun tempat makan apa yang best tengah2 ari buta nie kat jb..
yang aku tahu kat umah je la pon yg paling best...

best,free,
xyah susah2 nak g kedai...

wakakaka

sian lu brader...

Isnin, 5 April 2010

Jika

Jika Ku tahu itu hanya sebuah mimpi,
ku pasti akan meneruskan tidur ku itu,
sehingga lah aku menggerti,
Aku perlu tahu tentang kamu..

Jika memiliki kamu hanyalah mimpi,
sanggup ku teruskan mimpi ku itu
hanya untuk memiliki hati,
Hati yang hanya akan menjadi milikku..

Aku mengharap setiap detik waktu
setiap senyuman menawan mu,
dan segalanya tentang kamu
menjadi miliku,dan hanya aku dan kamu...

Jika kamu iginkan ku,
mencari kasih yang lebih baik dari kamu,
aku sudah berjumpa kasih yang terbaik untuk ku,
kasih itu adalah kamu,
sejujurnya ianya adalah kamu..

Jika memiliki kamu adalah mimpi,
biarkan aku tidur,
biarkan aku lena di buai mimpi,
kerna ku tak sanggup kehilangan mu..

kau kasih yang ku idam..
ku tunggu kehadiran mu...

haishhhhh...

Jumaat, 2 April 2010

Malas

Hari nieh aku malas kerja..demmm malas!!!

Rabu, 31 Mac 2010

Eksplorasi Dunia Seberang

Semalam aku dan 7 rakan sekerja aku membuat satu eksplorasi ke dunia seberang yang di beri nama Singapura, eksplorasi untuk meninjau kehidupan di sana, eksplorasi bermula kira-kira jam 11 pagi di johor bahru menaiki Bas SMRT.

Destinasi utama Sentosa!!,

Penuh keterujaan kami nak melihat sentosa yang kunun nya unik itu,setibanya di sana tempat pertama yang di tuju ialah CineBlast, pergh tempat ni mmg best walaupun sekejap je tapi cukup mendatangkan seribu satu makna "n 4 sure" benda ni sungguh berbaloi2..

Destinasi ke-2 di pulau sentosa, Underwater World!, dalam tenet gempak die punye promotion!, tapi bila masuk gila hampeh!! buang duit je masuk. Gila x syokkk!!

Kekecewaan nieh kami terus bawa ke  tanah besar pulau Singapura, destinasi seterus nya Orchid, tempat yang cantik, bersih , penuh cahaya dan benda2 yang unik, jauh beza dengan tempat aku..

Kesimpulan nya Singapura memang lain dari yang lain, sampaikan tandas pun tak ada air! terpaksa la aku tahan niat suci aku nak melabur di sana..dem tuhan je tahu..

Dunia luar memang indah, tapi indah lagi dunia ku satu nieh. walaupun x sehebat dunia di sana, tapi dunia ku tetap menjanji kan sesuatu yang tak dapat di  beri oleh dunia seberang sana..Apakah ia?? sama-sama lah kita renungkan..

MALAYSIA LAGI SYOKKK!!!

Post sebelum masuk ke Pulau Sentosa

Nak Masuk tapi kesuntukan masa

Bergambar je lah..hehe


Demm aku dah kurus!!

Kenapa kau kecewakan aku??

Bersengkang mata aku tunggu kau malam tadi,mata mengantok tak terkira.Tapi di sebabkan kasih nya aku kat kau,aku tunggu jugak.Aku tunggu dengan penuh sabar dan dedikasi,demi kau aku tunggu.

Semalam terpikir jugak aku tidak mahu menunggu kau dan membiarkan kau kesorangan malam tuh,ekoran kepenatan yang amat sangat akibat seharian membuat lawatan sosial ke temasek.

Waktu di janji kan sudah tiba,kau melangkah dengan penuh keghairahan,membuatkan aku tak senang duduk.kau mula membalas budi aku menunggu kau hingga lewat pagi dengan penuh gaya sekali.

Tapi semua itu hanya sementara sahaja,kau mula buat hal dengan aku.Aku xpaham kenapa kau perlakukan aku sebegini rupa,pahit rasa nya aku untuk menerima kenyataan ini.Kau x seperti kau yang biasa,kau sungguh lemah tak bermaya...

Aku kecewa dengan kau,ini kah balasan yang kau berikan setalah apa yang telah aku korban kan untuk kau?.Dimanakah semangat kau sebelum2 ni??
Aku mahu kan kau yang dulu,kau yang sentiasa memuaskan hati aku..

sabtu ni kita jumpa lagi,tolong la kali nie jangan kecewakan aku lagi..
tolong la MAN UTD..

JANGAN LA KALAH LAGIK!!!!















Demm Rudeboy injed

Rabu, 24 Mac 2010

Hati panas!!!

Habis entri aku untuk hari ini!! dah siap tulis dah, boleh pulak ak terdelete je semua entri yang aku tulis tuh..buang karen je siot..Sapa nak tanggung nie?? adui besok je la aku tulis balik, idea pon dah hilang.



layan lagu jew la..


Isnin, 22 Mac 2010

Ayam Percik dan Epal

Hari ini dari pagi sampai lah ke saat ini perut aku hanya di isi dengan 2 keping roti canai yg aku makan  pagi tadi..Perghh, apa sudah jadi ini? apa yang tak kena dengan aku ini? Dari pagi pikiran melayang-layang tak tentu pasal.Habis kerja tunggang langgang.

Owhhh apa sudah jadi?? habis sahaja kerja terus direct balik rumah, pukul 9 ready depan TV nak nguk match MU lwn L'pool.

Stat sahaja game aku dah dapat rasa sesuatu yang tak kena..Aduhhh baru 4 minit dah kena!. Apa nak jadik nie,apa ke bodoh si Ferdinand tuh buat.Nasib baik Rudeboy dan unsung hero Parkjisung menyelamatkan keadaan..Final Score MU 2 L'pool 1.

Yeahh!!! akhirnya fikiran yang kusut kembali normal,hati kembali tenang dan perot sudah beralun gendang..Waaa mana nak carik ayam percik memalam buta nieh!!!...Yang ada Epal je memalam ni kat dapur, aduii bedal je la..















Ayam Percik Wayne Rooney


















Mana ayam aku!!!


Ahad, 21 Mac 2010

Konspirasi Jalanan

Pagi tadi macam biasa aku bangun lambat lagi,set jam pukul 5.45 pagi tapi sedar pukul 6.15 pagi.Tapi sebagai juruteknik ICT sepenuh masa aku kena steady,siap2 pukul 6.45 amik motor terus gerak pergi kerja.masa yang perlu di ambil 15 minit dari Uda ke BSI(Bangunan Sultan Iskandar), jalan pulak clear keta x ad cun!! aku sempat sampai kerja nie..

Tapi malang tak berbau,otw nak sampai ke tempat kerja tetibe tayar belakang motor aku boleh  menari2 plak..pergh demm tayar  bocor lagi..tesen tesen!! nak ke menolak?? tak dapat la ak dah lambat! redah je, nak cari kedai pun mana ada yang bukak pun..

Nie kali ke-2 tayar aku bocor di jalan yang  sama, konspirasi ni!! nak mengaut keuntungan dari juruteknik seperti aku..

Tindakan harus di ambil!!!

Kredit Kepada Mereka











Penjaga keselamatan jalan raya-
Aku Hesem!!!(JerryWQ)


Pemberi pinjaman wang 
membeli tiub-Amie Lee

Sabtu, 20 Mac 2010

Prebiu: Manchester United lwn Liverpool

Di tangga Liga  mungkin ada satu ruang besar antara dua pasukan yang menghuni tangga teratas liga dan pasukan yang masih tercari-cari posisi sebenar di dalam liga, tetapi semua kehendak itu sia-sia sahaja  apabila tuan rumah Manchester United bertemu Liverpool pada malam Ahad ini.

Mampukah Liverpool membawa 3 mata penuh dari Theater of Dreams? Mampukah The Red Devils membendung asakan The Kop?.

Sama sama kita saksikan besok.
yang pasti Man Unitd pasti menang!!
 GGMU!!!












Mampukah RudeBoy memberi kemenangan kepada Man Utd?

Entri Pertama

Akhir nya, aku berjaya jugak membina satu blog untuk diri sendiri setelah hampiri 3 bulan memikir patut ke aku membuat nya..

Untuk entri pertama  ni aku sendiri tak tahu apa yang patot aku tulis dulu.Hurmmm, terlalu banyak untuk di cerita tapi tak tahu macma mana nak mulakan??.So tunggu je la nanti  bila aku ada idea nak tulis apa2 nanti..

Wat masa sekarang ni nak layan edit2 bende alah blog ni..
banyak nak kena setting nie..pening pala otak pikir..
pelan2..

Salam Pembukaan..









Ridhwan Breakaz