Selasa, 28 Disember 2010

Travian


Hari-hari semakin singkat dan malamnya diselubungi kabus kelam dan hembusan angin dingin di musim sejuk. Salji pertama yang turun dari langit menandakan penghujung untuk semua yang telah dan akan berlaku.


Kejayaan dan kecermelangan masa lalu tidak lagi dilihat hebat dan cemerlang dalam dunia baru ini. Ia hanyalah memori lalu di kala mereka merasa diri mereka takkan mati. Pahlawan tua duduk di samping unggun api dan mengenang semula rakan rakan yang telah gugur pada peperangan lalu. Askar askar dan kejayaan lalu telah hilang keghairahan, mereka yang masih ada memikirkan sama ada masih terdapat sesuatu yang berbaloi diperjuangkan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak akan berdiam dan melayari malam musim sejuk, pada zaman ini, zaman mereka, ini adalah sesuatu yang akan dikenang sehingga penghujung hayat.


Mereka bersumpah untuk menjelajahi dunia untuk mencari pengetahuan keajaiban masa lalu, tersembunyi di sebalik masa, di dunia yang melepasi batas kemanusiaan. Satria dan pahlawan mencari di sepanjang padang pasir, hutan dan gunung ganang, bagi mencari unsur yang hilang pada masa lalu agar kembali semula. Selepas pelbagai rintangan dan onak duri, tiba tiba seorang satria yang dikenali BreakaZ bertemu dengan Dewi Kayangan yang muncul dan membawanya ke penemuan satu puak yang telah lama hilang namun sentiasa menjadi bualan mereka yang hidup.


p/s: Rindu zaman aku main game nieh..

Khamis, 16 Disember 2010

Misi mustahak..

Untuk tahun ini..semua plan aku sangat2 menjadi walaupun agak payah di awal nya namun aku berjaya menunaikan janji2 aku pada diri sendiri pada tahun ini..kecuali 1 yang hampir aku dapat tapi putus di tengah jalan..Tapi masih ada masa lagi untuk memperbaikinya..

Tahun depan hanya ada 1 misi sahaja..
misi yang sangat sukar..
tapi tidak mustahil..

Harap2 berjaya..

Ahad, 5 Disember 2010

Penat Betol

Dalam keadaan demam dan tangan penuh dengan tanda tanda alahan kepada sesuatu yang aku sendiri tak tahu,aku cube membawa diri ke kelinik panel yang berdekatan tetapi hampa kerana terlalu ramai manusia beratur untuk berkhatan pada hari itu..Apa kejadah aku nak tunggu budak2 nieh katan..buang karen aku jew..

Dalam keadaan kebingungan aku membuat keputusan drastik untuk ke Jusco Tebrau window shoping lagi baik.Dengan menggunakan Produa Myvi yang aku beli sendiri dan tiap bulan aku bayar sendiri duit ansuran nya yea aku beli sendiri!!..Dah 3 kali orang malaun sound aku tanya bape bapak bayar bulan2 kereta aku ni..Celaka betol penat aku mencari rezeki bayar utang..

Balik kepada cerita pergi Jusco tadi..Sampai2 sahaja lautan manusia memenuhi ruang pusat membeli belah tuh..Lokasi pertama aku masuk adalah sebuah butik berjenama..Masuk je aku usha blah purse,kat situ bleh plak ada 2 orang makcik dok belek2 beg2 kat situ..Berdiri je sebelah makcik tuh bleh plak makcik tuh kate "Duit sepah sepah tapi tak tahu nak taruk mana" statement xleh blah langsung.....

Dengan rasa rendah dirinya aku terus balik..malas nak tengok gelagat manusia macam tuh..podahhhh!!