Isnin, 5 April 2010

Jika

Jika Ku tahu itu hanya sebuah mimpi,
ku pasti akan meneruskan tidur ku itu,
sehingga lah aku menggerti,
Aku perlu tahu tentang kamu..

Jika memiliki kamu hanyalah mimpi,
sanggup ku teruskan mimpi ku itu
hanya untuk memiliki hati,
Hati yang hanya akan menjadi milikku..

Aku mengharap setiap detik waktu
setiap senyuman menawan mu,
dan segalanya tentang kamu
menjadi miliku,dan hanya aku dan kamu...

Jika kamu iginkan ku,
mencari kasih yang lebih baik dari kamu,
aku sudah berjumpa kasih yang terbaik untuk ku,
kasih itu adalah kamu,
sejujurnya ianya adalah kamu..

Jika memiliki kamu adalah mimpi,
biarkan aku tidur,
biarkan aku lena di buai mimpi,
kerna ku tak sanggup kehilangan mu..

kau kasih yang ku idam..
ku tunggu kehadiran mu...

haishhhhh...

Jumaat, 2 April 2010

Malas

Hari nieh aku malas kerja..demmm malas!!!

Rabu, 31 Mac 2010

Eksplorasi Dunia Seberang

Semalam aku dan 7 rakan sekerja aku membuat satu eksplorasi ke dunia seberang yang di beri nama Singapura, eksplorasi untuk meninjau kehidupan di sana, eksplorasi bermula kira-kira jam 11 pagi di johor bahru menaiki Bas SMRT.

Destinasi utama Sentosa!!,

Penuh keterujaan kami nak melihat sentosa yang kunun nya unik itu,setibanya di sana tempat pertama yang di tuju ialah CineBlast, pergh tempat ni mmg best walaupun sekejap je tapi cukup mendatangkan seribu satu makna "n 4 sure" benda ni sungguh berbaloi2..

Destinasi ke-2 di pulau sentosa, Underwater World!, dalam tenet gempak die punye promotion!, tapi bila masuk gila hampeh!! buang duit je masuk. Gila x syokkk!!

Kekecewaan nieh kami terus bawa ke  tanah besar pulau Singapura, destinasi seterus nya Orchid, tempat yang cantik, bersih , penuh cahaya dan benda2 yang unik, jauh beza dengan tempat aku..

Kesimpulan nya Singapura memang lain dari yang lain, sampaikan tandas pun tak ada air! terpaksa la aku tahan niat suci aku nak melabur di sana..dem tuhan je tahu..

Dunia luar memang indah, tapi indah lagi dunia ku satu nieh. walaupun x sehebat dunia di sana, tapi dunia ku tetap menjanji kan sesuatu yang tak dapat di  beri oleh dunia seberang sana..Apakah ia?? sama-sama lah kita renungkan..

MALAYSIA LAGI SYOKKK!!!

Post sebelum masuk ke Pulau Sentosa

Nak Masuk tapi kesuntukan masa

Bergambar je lah..hehe


Demm aku dah kurus!!

Kenapa kau kecewakan aku??

Bersengkang mata aku tunggu kau malam tadi,mata mengantok tak terkira.Tapi di sebabkan kasih nya aku kat kau,aku tunggu jugak.Aku tunggu dengan penuh sabar dan dedikasi,demi kau aku tunggu.

Semalam terpikir jugak aku tidak mahu menunggu kau dan membiarkan kau kesorangan malam tuh,ekoran kepenatan yang amat sangat akibat seharian membuat lawatan sosial ke temasek.

Waktu di janji kan sudah tiba,kau melangkah dengan penuh keghairahan,membuatkan aku tak senang duduk.kau mula membalas budi aku menunggu kau hingga lewat pagi dengan penuh gaya sekali.

Tapi semua itu hanya sementara sahaja,kau mula buat hal dengan aku.Aku xpaham kenapa kau perlakukan aku sebegini rupa,pahit rasa nya aku untuk menerima kenyataan ini.Kau x seperti kau yang biasa,kau sungguh lemah tak bermaya...

Aku kecewa dengan kau,ini kah balasan yang kau berikan setalah apa yang telah aku korban kan untuk kau?.Dimanakah semangat kau sebelum2 ni??
Aku mahu kan kau yang dulu,kau yang sentiasa memuaskan hati aku..

sabtu ni kita jumpa lagi,tolong la kali nie jangan kecewakan aku lagi..
tolong la MAN UTD..

JANGAN LA KALAH LAGIK!!!!















Demm Rudeboy injed

Rabu, 24 Mac 2010

Hati panas!!!

Habis entri aku untuk hari ini!! dah siap tulis dah, boleh pulak ak terdelete je semua entri yang aku tulis tuh..buang karen je siot..Sapa nak tanggung nie?? adui besok je la aku tulis balik, idea pon dah hilang.



layan lagu jew la..


Isnin, 22 Mac 2010

Ayam Percik dan Epal

Hari ini dari pagi sampai lah ke saat ini perut aku hanya di isi dengan 2 keping roti canai yg aku makan  pagi tadi..Perghh, apa sudah jadi ini? apa yang tak kena dengan aku ini? Dari pagi pikiran melayang-layang tak tentu pasal.Habis kerja tunggang langgang.

Owhhh apa sudah jadi?? habis sahaja kerja terus direct balik rumah, pukul 9 ready depan TV nak nguk match MU lwn L'pool.

Stat sahaja game aku dah dapat rasa sesuatu yang tak kena..Aduhhh baru 4 minit dah kena!. Apa nak jadik nie,apa ke bodoh si Ferdinand tuh buat.Nasib baik Rudeboy dan unsung hero Parkjisung menyelamatkan keadaan..Final Score MU 2 L'pool 1.

Yeahh!!! akhirnya fikiran yang kusut kembali normal,hati kembali tenang dan perot sudah beralun gendang..Waaa mana nak carik ayam percik memalam buta nieh!!!...Yang ada Epal je memalam ni kat dapur, aduii bedal je la..















Ayam Percik Wayne Rooney


















Mana ayam aku!!!


Ahad, 21 Mac 2010

Konspirasi Jalanan

Pagi tadi macam biasa aku bangun lambat lagi,set jam pukul 5.45 pagi tapi sedar pukul 6.15 pagi.Tapi sebagai juruteknik ICT sepenuh masa aku kena steady,siap2 pukul 6.45 amik motor terus gerak pergi kerja.masa yang perlu di ambil 15 minit dari Uda ke BSI(Bangunan Sultan Iskandar), jalan pulak clear keta x ad cun!! aku sempat sampai kerja nie..

Tapi malang tak berbau,otw nak sampai ke tempat kerja tetibe tayar belakang motor aku boleh  menari2 plak..pergh demm tayar  bocor lagi..tesen tesen!! nak ke menolak?? tak dapat la ak dah lambat! redah je, nak cari kedai pun mana ada yang bukak pun..

Nie kali ke-2 tayar aku bocor di jalan yang  sama, konspirasi ni!! nak mengaut keuntungan dari juruteknik seperti aku..

Tindakan harus di ambil!!!

Kredit Kepada Mereka











Penjaga keselamatan jalan raya-
Aku Hesem!!!(JerryWQ)


Pemberi pinjaman wang 
membeli tiub-Amie Lee