Selasa, 28 Disember 2010

Travian


Hari-hari semakin singkat dan malamnya diselubungi kabus kelam dan hembusan angin dingin di musim sejuk. Salji pertama yang turun dari langit menandakan penghujung untuk semua yang telah dan akan berlaku.


Kejayaan dan kecermelangan masa lalu tidak lagi dilihat hebat dan cemerlang dalam dunia baru ini. Ia hanyalah memori lalu di kala mereka merasa diri mereka takkan mati. Pahlawan tua duduk di samping unggun api dan mengenang semula rakan rakan yang telah gugur pada peperangan lalu. Askar askar dan kejayaan lalu telah hilang keghairahan, mereka yang masih ada memikirkan sama ada masih terdapat sesuatu yang berbaloi diperjuangkan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak akan berdiam dan melayari malam musim sejuk, pada zaman ini, zaman mereka, ini adalah sesuatu yang akan dikenang sehingga penghujung hayat.


Mereka bersumpah untuk menjelajahi dunia untuk mencari pengetahuan keajaiban masa lalu, tersembunyi di sebalik masa, di dunia yang melepasi batas kemanusiaan. Satria dan pahlawan mencari di sepanjang padang pasir, hutan dan gunung ganang, bagi mencari unsur yang hilang pada masa lalu agar kembali semula. Selepas pelbagai rintangan dan onak duri, tiba tiba seorang satria yang dikenali BreakaZ bertemu dengan Dewi Kayangan yang muncul dan membawanya ke penemuan satu puak yang telah lama hilang namun sentiasa menjadi bualan mereka yang hidup.


p/s: Rindu zaman aku main game nieh..

7 ulasan:

♥cayang_kamu♥ berkata...

antu....

Ridhwan Breakaz berkata...

bior ler...

-MsGoodNite- berkata...

mcm cilake kan? siyes gile aku baca!

Ridhwan Breakaz berkata...

hahaha..syok weii game nie.

-MsGoodNite- berkata...

takde dlm kamus hidup aku!

Ridhwan Breakaz berkata...

hahaha..ubat itu adalah games..

♥cayang_kamu♥ berkata...

ubat adalah games, games adalah ubt..
pas ni klu sakit mkn games jgn mkn ubt...
lalala~~